Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
- Tidak Datang haid.
- Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
- Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
- Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
- Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Perubahan pada payudara disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada.
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya loya ini tidak diketahui, mungkin ia berpunca dari bertambahnya hormon seks yang dihasilkan ketika hamil. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi.
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat.
0 comments:
Post a Comment